Tuesday, October 20, 2009

~Satu Malaysia~















Mutakhir ini, setelah pelancaran logo dan lagu 1Malaysia, nampaknya masih ada sebilangan kecil masyarakat yang salah faham, ragu-ragu atau kabur dengan makna kepada saranan perpaduan melalui aspirasi tersebut.
Salah tanggap dan kekaburan sebegini banyak dipengaruhi oleh sikap Masyarakat itu sendiri yang berfikiran kolot dan tidak mahu menerima pembaharuan demi untuk keharmonian negara.
Di sini, saya sebagai pelajar yang berfikiran terbuka dengan penuh semangat dan kekuatan menyokong perlaksanaan 1Malaysia yang menyatukan semua rumpun bangsa di Malaysia disamping dapat melahirkan modal insan yang berkualiti kelak.
Tuntasnya, perlaksanaan 1Malaysia oleh perdana menteri kita Datuk Seri Dato' Seri Najib Tun Razak merupakan sesuatu visi kudsi yang akan menyatukan seluruh rakyat malaysia yang berbilang kaum dan bangsa.

No comments:

Post a Comment